.jpg)
NURUL AYUNNI
MOHMAD NAZIR


Matlamat
KSSM al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu‘asirah bermatlamat meningkatkan keupayaan murid menggunakan bahasa Arab standard dalam berkomunikasi dan mampu menggunakan pelbagai sumber rujukan dengan betul serta menunjukkan tingkah laku positif dalam pembentukan peribadi individu mithali untuk pembangunan agama, bangsa dan negara
Objektif
KSSM al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu‘asirah bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut :
1. Mendengar perkataan, ayat dan perenggan dari pelbagai sumber dan memberi respons yang betul.
2. Mengungkap perkataan, ayat dan perenggan dalam pelbagai situasi dengan betul.
3. Membaca perkataan, ayat dan perenggan dari pelbagai sumber dengan betul.
4. Menulis perkataan, ayat dan perenggan dalam pelbagai bentuk dan situasi dengan betul.
5. Menulis khat nasakh, ruq’ah dan thuluth dengan kaedah yang betul dan kemas.
6. Mengaplikasi tatabahasa Arab dalam pertuturan dan penulisan dengan betul.
7. Menggunakan kosa kata terpilih dalam pelbagai situasi dengan betul.
8. Berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan lancar dan betul serta beradab.